Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



The Best Day :')
Friday, June 7, 2013 | 9:06 AM | 0 comments
Assalamualaikum semua and selamat malam. Malam ni yanie nak cerita pasal kem haritu. Yanie rindu sangat sangat dengan kem tu, sebab kem tu memang best gila. Akak and abg fasi tu semua memang sporting. Walaupun dorang garang sikit tapi dorang tetap best. Yanie group 5 sama dengan fatin. Ohh Nooo ! Group tu sememangnya tak best. Nasib ada fatin boleh teman yanie kan :) First aktiviti kitaorang, kitaorang kena lukis muka kawan sebelah pakai tangan berlawan. OhhMann mesti lah buruk kan. Sekurang kurangnya lawa lah jugak lukisan aku tu *perasan kejap :P Lepastu kena hafal pulak biodata dia. Nanti abg fasi tu tanye lah. Siapa dapat baguslah :) Then, aktiviti seterusnya kitaorang main " goreng pisang " mesti semua tahu kan? Okay group yanie hampir nak menang tau tapi, kitaorang punya ayat bercampur aduk pulak. Takpe lah tak ada rezeki. Yang menangnya group 6 tak silap. Entahlah lupa xD Aktiviti ketiga pula setiap group kena ambil satu mangkuk then kena isi air and then kena terapung kan paper clip tu. K group yanie sememangnya lambat :P so, tak menanglah kan. Group 7 menang :D *ehh banggakan group 7 pulak :P Aktiviti keempat kitaorang gabungkan satu group dengan satu group lain. Dalam group tu semua laki and semua perempuan lah. Abg and akak fasi ni bagi dua kertas mahjong. Then kitaorang kena masuk dlam kertas tu dlamm masa 10 saat. Lepastu makin lama makin kecil lah. Haha sememmangnya mencabar gila. Tapi tetap best. Group aku? Hmm awal2 lagi dah kalah weyhh. Takpe, sebab perempuan kan? Ada batasnya :D Ada tinggal 2 group lagi tak kalah. WOahaaa gila gila lahh. Dorang sampai panjat tembok kat surau tu. Sampai kat atas. Last2 group 3 and 4 kut yang menang. Kitaorang semua pun dah penat and lapar apa lagi. Semua pun pergi lah makan. Sebelum tu kitaorang kena buat logo tentang nama group kitaorg. Nama group yanie " Imam Syafie " kena buat trademark sekali woii. Lepas je makan and solat kena bentang. K kenyang dah semua :) Tiba lah aktiviti kelima " pembentangan " k time ni memang terkejut gila sebab group yanie group first yang kena bentangkan. Gile lahh -.- memang blurr habis time tu. Tak tahuu ape nak buat. K sampai je kat depan. Semua terdiam takde siapa nak pegang mic. Aku pun dahh geram ape lagi aku ambil mic tu aku cakap sendiri. Yang pasla logo tu semua pian yang cakap sebab dia yang buat kan. K tiba lah penghujungnya, kena buat trademark group yanie punya memang simple. Haha time trademark tu pun yanie punya suara jeh yang keluar :P * semua nk mengharapkan aku xD k then group lain pulak buat. Sampai lah habis. Tapi tinggal berapa group je tak buat. Sebab tak sempat. Aktiviti keenam ada satu game nih game ni lelaki and perempuan asing. K cam nih game dia. Kitaorang kena buat nilai ape yang akak fasi tu minta. Harga aku 20 sen jeh. *MURAH sangat xD k contoh akak tu nak RM 3.50 so, yanie kena tarik kengkawan yanie sampai lah dapat jumlah 3.50. Camtulah game dia. K hari pun sudah petang. Lepastu kitaorang balik asrama mandi, solat and semuanya. Malam tu ada qasidah. K selesai je solat maghrib kitaorang semua qasidah dengan abg fakhrur. Suara dia memang sedapp :) K malam tu aku memang gila gila bila qasidah. Sampai tak ada suara dibuatnya xD Cikgu Zul pula sibuk sibuk ambil gambar orang. Haha entah ape jeh cikgu ni. Masa pun sudah tamat, kitaorang solat isya' then, macam biaselah f1 and f2 berkumpul. Ada lah sikit ceramah dengan anak pengetua tuh.Siapa entah nama dia lupe lah pulak. Then kitaorang nyanyi ramai2, lagu " wahai purnama " k lagu tu sedih :) nyanyi lah ramai2. Woahaaa bestt gila gempak. Lepastu pergi supper, lepas supper kena berkumpul balik. Then tibalah kitaorang muhasabah diri. K macam biaselahh nangis2 semua kan. Habis je muhasabah diri. kitaorang semua nyanyi lagu. k memang best lah time tu. lepastu kena bersalaman dengan kengkawan semua. Muka dah lah lepas nangis tetiba kak wawa ambil gambar pulak. HAHa xD *entah mcm mane rupa aku :P Lepastu tu akak and abg fasi bagi arahan suruh bawa towel sebab nak tutup mata. You all mesti tahu kan apa kitaorang kena buat? Masa untuk " burung hantu " hihihi. Dengan pantasnya kitaorang lari, Then kitaorang pergi astaka you know. Tunggu aspura punya lah lama. Last2 kitaorang salah tempat. rupanya kena pergi dekat astaka aspura tuh. k sebelum tu kitaorg selawat banyak2. baca ayat kursi semua. Semua dah kena tutup mata, then kena pegang tali tu supaya tak berpisah satu group. Haha time tengah jalan jalan. Dah lew yanie duk depan sekali. Asyik langgar budak laki je. Tapi memang awesome gilaa. Gilaa gilaa besttt! Ada satu part tu akak fasi tu gunting tali tu. So kitaorg berpisah leww. Last2 jumpa balik. Punya lah penat menunggu. Group yanie bunyi dia cam ni ehh " nmbekk bekkk " bunyi kambing weyh. haha kalau kitaorg hilang ke. bunyi je mbekk mbekk tuhh. Semua dah ada. Semua bukak mata, sebab hari dah nak hujan. bukak je mata tengok kat astaka. K jam menunjukkan 2 or 3 pagi cm tu lah. *veryyyyy tired maa !then terus naik dorm tidur. pukul 4 dah qiamulail pulak. K yanie ter miss qiamulail. Tertidur weyh, nyenyak sangat nihh. Pastu pukul 6 tu bangun pergi surau al badr solat subuh. Lepas solat subuh dengar tazkirah pulak. sampai lah pukul 7. yanie tidur, tak dengar tazkirah pun. tazkirah pun dah nak abis. yanie punya kaki krem. adoyaii tak tau nak buat ape, yanie jalan je jatuh. jalan sikit jatuh. last2 okey dah. lepastu breakfast. yanie ta breakfast pun walaupun perut lapar :P naik dorm terus mandi semua lepastu bersiap siap lah pergi ke surau. * jam 8 pagi. ade abg fasi tu dia tunjuk tepukan semua bagai. ada lagi sorang abg fasi tu dia buat game, game ape tahh. time tuh aspura semua kalahh. tinggal aspuri jehh. haha xD siapa ntah menang. Lupa lahh xD pastu time to " explorace " WUhuuuuuu ! Besttt gila. bagi yanie tak best sgt sebab. abg fasi ke akak fasi tah salah bagi information. waduhh kena berpatah balik bagai. kitaorg kena buat chicken dance. hahha malu gilooss xD tapi apapun memang best. Di mana group 5 pergi di situ ada group 7. Haha lorat je :P LOrat lorat pun best jugak. last last kitaorg tak mng pun. Dah kalah terus naik dema then makan. pastu pergi surau al badr nak tahu keputusan. jeng jeng jeng. tempat tiga dimenangi oleh group 7. wuhooo *clap your hand tempat kedua dimenangi oleh group 11. *group penghulu peley peley ! and the winner is group 6. *thumbs up (Y) k tu je lah. tibalah penutupnya kitaorang peluk semua kawan then nyanyi lagu " selama ini ku mencari cari teman yang sejati lalalalal " bestttnyaaa :'( lepastu bersalaman dengan akak fasi. lepastu makan makan dgan group masing2. dpaat hamper woii :D The End ---- K apa apa pun yanie memang rindu sangat kenangan ni. tak akan yanie lupakan. k sedihhh weyhh , sayang nak tinggalkan kem ni. nak mennagis pun ada. i miss that mooment :'( Sekian :) good night time to sleep :) have a nice dream . Y
Perpustakaan :')
Saturday, May 4, 2013 | 9:54 AM | 0 comments
Assalamualaikum semua :) Mata dah mengantuk sebenanrnya nak cerita pasal pagi tadi . Wuhoo sememangnya gempak and best gila . Pagi tadi aku , nana , mira , ainaa and zatie pergi perpustakaan negeri . Pukul 10 tu kitaorang baru sampai sana . Habis belajar pukul 12 sekejap je kan . Nak buat apa lama lama ? Bosan lah ! Lepas habis study aku ainaa and mira pergi makan dekat kantin tu . Makanan dia boleh lah tahan sedap . Tapi air laici dia ohmygosh ! Masam siot , apapun perut aku kenyang sudah . Then kitaorang tunggu lah nana and zatie ni tak keluar lagi . Tunggu punya tunggu diaorang pun keluar . Kata diaorang nak pergi makan . Aku baru je lepas makan . OhNooo ! Gila senak perut ni bagai nak meletup ! Booom kebaboomm ! Budak laki pun ada tadi yang ada pun neymar , sudin , aidil and acit .Sudin tu pun kebetulan je jumpa dia . Teddy comel auwwmm :D Walaupun sikit tapi best diaorang ada lagi lah gempak . Diaorang semua nak pergi makan , kitaorang berlima ni follow je lah . Then korang tahu tak ? Dari library tu ssampai ke perpustakaan kitaorang jalan kaki . Gila penat dah lah baru lepas makan . Dalam perjalanan nak pergi sana tu ada sorang mamat ni dia buat gwiyomi . Gila comel dowhh melting aku tengok dia buat . Budak laki ni pula jalan sebesar besar langkah . Kemain laju lagi , penat mengejar dorang tau . Sampai pun kedai makan , kitaorang pun makan . Aku tak makan , just minum air je . Lepas makan kitaorang pergi keluargaku . Duit tak ada pun ekceli . Bajet ada duit weyh . Kitaorang naik atas tengok tengok baju je . Seriously memang lawa and cantik cantik belaka baju kat sana . Diaorang ni pula beli gula and chocolate . Tibalah masa untuk balik , keluar dari keluargaku kitaorang lepak lepak dulu . Then , baru lah telefon mak masing masing suruh ambil . Tiba budak laki pula katanya aidil akak dia yang ambil . Hahaha gila gelak besar weyh tadi . And akak dia sporting , akak dia tak marah pula kitaorg time tu lambai lambai diaorng. Mula mula sudin dengan aidil je naik kereta . Sebab kalau nak naik empat orang tak muat . Then neymar and acit jalan kaki ke mc . Gila dia tak jauh ? Dari keluargaku nak ke mc . Pengsan aku kalau macam tu . Then , akak aidil suruh naik kereta dia . Naik lah berempat kat belakang tu . Mendap weyh kereta ! Maybe sebab teddy bear comel ada agaknya . Hahaha diaorang balik kitaorang pun balik lah .
Dan sebenarnya... Maafkan aku
Sunday, April 14, 2013 | 12:21 PM | 0 comments
Assalamualaikum and selamat pagi. Sekrang tepat jam 3.07 pagi and aku still tak boleh tidur. Kenapa? Maybe sebab dah tidur dekat kereta tadi. Ni pun baru je balik dari KL. Borong habis habisan tadi. Beli baju raya dah tau. Awal kan? Mesti lah awal excited nak raya. Tahun ni tema purple. Berbalik kepada topik yang sebenarnya. Aku nak minta maaf sangat sangat dekat kau. Aku tahu aku banyak salah dekat kau. Halalkan makan minum aku. Maaf jika terkasar bahasa. Lepasni aku tak akan ganggu hidup kau lagi. Sekarang focus pada pelajaran je. Tapi kenapa someone ni cakap dekat twitter yang dia kesiankan kau? Kenapa? Aku masih tak faham. Apa selama ni aku mendera kau? Aku kongkong kau? Or selainya? Aku rasa sebersalah dengan kau. Sebab aku tahu aku banyak buat salah dengan kau. Maafkan aku. Hubungan kau dengan kak mimie apa ceritanya? Hope okay saja ye. Jaga kak mimie tu baik baik. Sekali lagi maafkan aku sebab buat kak mimie macam tu. Seriously tak ada niat langsung nak sakitkan hati dia. Maaf lagi sebab selama ni aku ganggu hubungan kau dengan kak mimie. Aku tak akan buat lagi lepasni. Aku tahu kau benci aku sekarang kan? Tapi tak perlu lah nak maki segala dekat twitter. Aku terima seadanya kalau kau nak benci aku ke apa. Asalkan kau bahagia dengan orang yang kau sayang. Apa aku ni terlalu berharap ke? Herm .... Apa aku ni selalu mengejar kau ke? Herm .... The End :'] I'm sorry about that.
Kalam Jamai'e
Saturday, April 13, 2013 | 2:07 AM | 0 comments
Assalamualaikum semua. Hari sabtu yang membosankan. Minggu lepas sekolah aku masuk kalam jamai'e and aku pun masuk sekali. Masuk ni kali kedua dah aku masuk. Memang best, mula mula tu memang lah tak best. Lama kelamaan mesti best. Masuk benda ni susah tau dengan gaya dia and menghafal lagi. Minggu depan kena buat lagi sebab sekolah aku ada pertandingan forum perdana. Sekolah aku jadi tuan rumah lah. HAHA *Bangga kejap :P Kitaorang lawan dekat MITC. Tahun lepas kitaorang menang. Tapi nombor 3 je. Tahun ni sedih lah sebab dapat saguhati nombor 5 dari 9 sekolah. Okay lah tu kan. Sharodz masuk je kitaorang kalah. Haha tahun lepas sharodz tak masuk tu lah senang sikit nak menang. Sedary yang menang tahun lepas pun kalah tahun ni. Kitaorg lawan hari jumaat haritu. Ramai kata baju kitaorang bertanding tahun ni tak lawa. Ye ke? Diaorang kata baju tahun lepas lagi lawa. Hermm... Kitaorang begerak pukul 7.30 pagi. Naik van tauu. Mak cik tu bawa memang gila gila lah. Takut woii. Sampai sana dalam pukul 8 macam tu lah. Kitaorang sekolah pertama yang sampai dulu. Wuuuuu ! Datang je terus daftar and buat cabutan. Tengok tengok dapat nombor 2. Ohh no ! Tahun lepas second last. Tahun ni second. Haha terbalik pula. Lepas dapat tahu keputusan je terus balik. Sekejap je pergi sana. Tahun ni tak berapa best. Tahun lepas best sebab malam kan. Tahun ni pagi tak best ! Tengok lah gambar kitaorang. Tapi tak jelas sangat lah. Sebab time tu nak cepat. Okay lah byee. Wassalamualaikum.
Sister and Friend :[
| 1:04 AM | 0 comments
Assalamualaikum semua. Fuhh baru je balik dari jenjalan dengan family tadi memang memenatkan. Lepasni nak pergi KL pula entah betul ke tak. Sekarang ni tak ada mood sebab asyik fikirkan kak mimie je. Tadi buka twitter tengok DM from kak mimie. Kak baca blog ni tau. Yanie nak minta maaf sangat sangat dekat akak sebab yanie lah masalah ni jadi besarkan? Yanie tau kak yanie salah. Tapi yanie tak pernah nak babitkan and salahkan akak. Tapi tolonglah jangan clash dengan adik akak. Yanie suka tengok akak dengan dia happy. Yanie pun tumpang happy. Mesti akak dah benci yanie kan? Herm. Tak apalah memang salah yanie semua ni. Tapi yanie harap akak maafkan yanie tau. Akak! Semua ni salah faham. Yanie tau akak ada baca blog yanie. Tapi bukan tu yang yanie maksudkan kak. Maaf kalau akak terasa dengan kata kata yanie tu. Tapi yanie tak ada niat pun nak sakitkan hati akak. Mesti akak tak percaya kan macam ni perangai yanie. Ye kak yanie ni memang jahat. Baru akak kenal siapa yanie sekarang kan. Semua orang dah tahu yanie ni jahat kak. Yanie memang tak guna. Maafkan yanie kalau yanie terkasar bahasa dengan akak. Ampun beribu ribu ampun. Yanie rasa sebersalah sangat dengan akak. Tapi yanie nak minta tolong satu je tau. Jangan clash dengan adik akak. Dia sayang akak sangat sangat taw. Yanie tau akak pun sayang dia kan. Tolong jangan clash dengan dia sebab yanie. Nanti hati yanie tak tenang asyik fikirkan akak dengan dia. Yanie lah puncanya kan. kan. kan. Ya Allah ! Ampunkan aku ya Allah. Yanie nie seolah olah merampas kebahagian akak dengan dia kan. Hope akak dengan dia kekal akhir hayat. Maaf atas segalanya. Friend :[ I'm sorry for everything. Maaf sebab buat kak mimie macam tu. Aku tahu aku salah. Tolong maafkan aku. Lepasni aku tak kan ganggu hubungan korang. And lepasni aku takkan kacau kau lagi. Tapi kenapa lah susah sangat nak lupakan kau. InsyaAllah aku akan lupakan kau. Aku tahu mesti kau dah benci aku kat. Aku tak berniat pun nak sakitkan hati kak mimie. Sekali lagi maafkan aku. Rasanya tak ada benda lagi nak cakap. Ampunkan segala kesalahan yanie dekat korang. Yanie tahu yanie banyak buat salah. Ini semua punca dari yanie. Wassalamualaikum :[
Hangout :*
Saturday, March 30, 2013 | 12:37 AM | 0 comments
Assalamualaikum hoihoihoi ;D Khamis haritu aku hangout dengan bebudak stp and telok mas. Memang best lah. Dorang semua happening gila and sporting. Aku sampai lambat sikit dalam pukul 11 cam tu lah. Cause siap lambat. And tunggu driver yang lambat datang. Hahaha aku tengok cerita Sumpahan Amukan Azazil. WTF -,- Macam apa je cerita dia. Mengarut je lebih menyesal beli tiket dia. Walaupun tak cukup orang. Tapi tetap best :) Ingatkan nak pergi A'Famosa tu. But dah terlambat, tengok tengok jam dah pukul 5. Kitaorg memang nak balik naik bas. Then tunggu lah dekat belakang mp tu. Tunggu punya tunggu dah setengah jam kitaorg tunggu. Putus asa aje lah. Balik naik teksi. Sorrang 10 ringgit. Hmm sekali sekala keluarkan duit banyak. Hahaha selalu sangat macam tu tau. Lagipun kitaorg mmg selalu balik naik teksi. Oklah tak ada benda lagi nak cakap. Tengok lah pict pict kitaorg. --> Tu lah pict pict kitaorg. Sebenarnya banyak lagi tapi malas nak upload. Adaa kat fb aku, but aku private lahh. Hee ^^ Okay guys bubye :*
Night :*
Tuesday, March 26, 2013 | 8:29 AM | 0 comments
WeyhWoiiHoii :) Assalamualaikum and good evening :) Baru je lepas makan ni. Then, terasa pula mengantuk. Ingatkan nak lepak lepak dulu dengan cousin. Btw, entah kenapa hari ni penat sangat. Maybe pergi jenjalan pagi tadi kut dengan keadaan demam macam ni. Act, now turn angah main lappy. But, aku tak nak bagi dia. Baru nak tengok cerita thailand tu. Kalau aku bosan aku selalu tengok cerita tu. Ahahahaha, cerita tu boleh buat korang sedih kut. Esok! Esok hari rabu kan ? And esok mesti ramai hang kan ? Aku nak hang but, aku rasa parents aku macam tak bagi je. Cause hari khamis aku nak keluar then hari sabtu aku nak keluar lagi. Takkan lagi seminggu tiga kali aku nak keluar. Waduhh pokai lah aku cenggini. But aku nak sangat keluar esok. Tapi, mesti sesak kan and ramai orang. Tak apa lah orang ramai lah best and gempak. Kasi roboh mp dp tu. Muahahha xD Kalau aku hang esok , rasa macam tak manis lah. Bila orang datang, kita pula keluar rumah. Herm ... Apa boleh buat ? Duduk rumah buat hw aje lah. Fikirkan esok nak pergi perpustam. Tapi, nak ajak siapa ? Transport ada je. Along boleh drive. Wengg ! Wenggg ! heee ^^ Orang lain semua sebok hang , aku ? Belajar dekat perpustam tu. Huuu bagus bgus :) Hermm. Bosan teramat lah. Hafiz pun tak onl sekarang nie. Pergi makan malam dengan family katanya. Bosan bosan bosan. Wokayy lah, nak kena bagi lappy nie dekat angah pula. Aku buat hw sekarang lagi bagus. Babyee ^^ Ilyouu :*

Heyhoi ! Kalau dah baca jangan lupa follow pula tau. Thanks for reading. This blog is very simple :')